Close

OnePlus telah mengesahkan OnePlus 8T 5G akan dilancarkan dalam masa terdekat

OnePlus mengesahkan yang mereka akan melancarkan OnePlus 8T 5G tidak lama lagi. OnePlus memberitahu perkara ini melalui sosial media Twitter dan Instagram mereka. 

Satu halaman khas OnePlus 8T 5G juga telah diwujudkan dilaman web mereka di India. Halaman tersebut diwujudkan bertujuan untuk mempromosikan dan memberi peluang pengguna mengambil bahgian dalam cabutan bertuah untuk memenangi telefon.

Buat masa ini, OnePlus hanya mempromosikan pelancaran OnePlus 8T 5G di India sahaja, dan Amazon India akan menjadi platform pembelian. Info berkaitan OnePlus 8T 5G juga tidak dapat dilihat pada platform sosial OnePlus Global. 

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN