Close

POCO X3 NFC kini rasmi – Snapdragon 732G, paparan 120Hz dan bateri 5160mAh dengan harga RM799

POCO hari ini telah umumkan peranti kelas pertengahan terbaharu mereka iaitu POCO X3 NFC yang dijana dengan cip pemproses terbaru dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 732G dengan skor CPU 103,403 lebih baik dari cip pemproses Snapdragon 720G mahupun 730G. Ini akan memberi pengalaman yang lebih baik dari segi prestasi.

Turut dibekalkan dengan memori 6GB RAM LPDDR4X dan storan sehingga 128GB UFS 2.1.

Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.67-inci FHD+ bersama paparan 120Hz dan ketahanan Gorilla Glass 5, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, fungsi IR Blaster, pembesar suara stereo, NFC, sistem penyejukan Liquid Cool Technologi 1.0 Plus dan pengesahan IP53 percikan air. 

Untuk kamera, POCO X3 hadir dengan kuad kamera 64MP utama (IMX 682), 13MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. POCO X3 juga terdapat 2 pilihan warna sahaja iaitu Cobalt Blue dan Shadow Gray dengan tulisan POCO pada bahagian panel belakang.

Untuk bahagian lagi, POCO X3 juga dibekalkan dengan bateri sebesar 5160mAh bersama pengecasan pantas 33W yang mampu mengecas penuh dalam masa 65 minit sahaja. POCO juga turut menjanjikan kemaskini MIUI 12 (POCO Launcher 2.0) selama 3 tahun untuk pengguna. Berikut senarai harga rasmi di Malaysia :

ARTIKEL BERKAITAN