Close

RAM 16GB LPDDR5 dihasilkan secara besar-besaran oleh Samsung

Samsung telah memulakan pengeluaran RAM LPDDR5 secara besar-besaran berikutan RAM LPDDR5 yang kini menjadi satu standard kepada peranti premium. Ia juga kerana permintaan RAM 16GB LPDDR5 yang semakin tinggi oleh pengeluar lain.

Samsung starts mass producing its third-gen 16Gb LPDDR5 RAM modules

Samsung Electronic merupakan penyebab kepada penggunaan jenis  RAM berkapasiti tinggi. Pada bulan Julai 2018 Samsung Electronic telah pun mengumumkan RAM 8GB LPDDR5 dan di ikuti dengan DRAM 12 GB LPDDR5 pada bulan Julai 2019 dan DRAM LPDDR5 16 GB pada bulan Februari 2020.

RAM 16GB LPDDR5 adalah DRAM yang pertama menggunakan teknologi extreme ultraviolet (EUV) yang dibina berdasarkan proses kelas 10nm (1z) generasi ketiga Samsung. Ia juga merupakan RAM yang paling pantas yang ada ketika ini. Dengan teknologi 10nm (1z) ia menjadikan LPDDR5 30% lebih nipis dan 16% lebih pantas. 

RAM 16GB LPDDR5 dibina dengan hanya lapan cip, dan sebelum ini LPDDR5 16GB yang berasaskan 14nm (1y) memerlukan 12 cip  dengang gabungan lapan cip 12GB dan empat cip 8GB untuk memberikan kapasiti yang sama. Samsung juga merancang untuk menggunakan LPDDR5 pada aplikasi Automotif.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN