Ramai mengecam tindakan Netflix menggunakan kanak-kanak berusia 11 tahun untuk filem berstatus 18+ - FUZZ.MY

Friday, September 11, 2020

Ramai mengecam tindakan Netflix menggunakan kanak-kanak berusia 11 tahun untuk filem berstatus 18+

 

Jika anda lihat di Twitter sekarang, #CancelNetflix sedang trending no.1 kerana diciap oleh lebih 411,000 pengguna Twitter sebagai protes terhadap tindakan Netflix yang menggunakan kanak-kanak berusia 11 tahun dalam filem Cuties yang baru sahaja ditayangkan 9 September lalu.


Ini kerana, status filem tersebut telah dikategorikan sebagai 18+ dan rata-rata pelanggan Netflix tidak bersetuju dengan mempergunakan kanak-kanak bawah umur untuk filem dalam kategori atas 18 tahun.

Difahamkan, filem tersebut membawakan sekumpulan kanak-kanak berusia 11 tahun untuk beraksi dalam acara tarian dan apa yang lebih mendukacitakan, terdapat amaran bahawa filem ini berunsurkan adegan kurang senonoh yang dilakonkan oleh kanak-kanak bawah umur.

Ada yang berpendapat filem ini berpotensi dijadikan bahan pedofil dan ia sememangnya satu kesan yang negatif untuk masyarakat, lebih-lebih lagi kanak-kanak perempuan bawah umur.