Hari ini,
realme melancarkan
dua lagi peranti mereka iaitu
realme 7 dan
7 Pro. ia merupakan kesinambungan peranti sebelum ini iaitu
realme 6 dan
realme 6 Pro. siri realme 7 dan 7 Pro menawarkan
peningkatan spesifikasi yang terbaik dipasaran ketika ini.
realme 7 hadir dengan skrin bersaiz
6.5 inci FHD+ dengan paparan
90Hz LCD. Dan merupakan peranti pertama yang menggunakan cip pemproses
Helio G95 dari MediaTek. Cip ini menawarkan peningkatan dari
segi grafik untuk permainan.
realme 7 menggunakan empat tetapan kamera dibelakang dengan kamera utama
64MP aperture f/1.8,
8MP kamera sudut lebar,
2MP kamera depth sensor dan
2MP adalah kamera macro. Untuk kamera hadapan
16MP aperture f/1.6. untuk rakaman ia menyokong sehingga
4K 30fps.Kapasiti bateri bagi realme 7 telah dipertingkat kepada
5000mAh dan menyokong pengecasan pantas
30W. realme mendakwa 0%-100% ia hanya mengambil mas
a 65 minit pengecasan. realme 7 hadir dengan dua konfigurasi iaitu
6GB/64GB dengan harga RM805 ($205) dan
8GB/128GB RM953 ($230). Pilihan warna adalah
Mist Blue dan
Mist Silver.
Untuk realme 7 Pro ia menawarkan speksifikasi yang lebih baik. Ia hadir dengan skrin
6.4 inci FHD+ Super AMOLED dan hanya menggunakan paparan
60Hz sahaja. Menggunakan cip pemproses yang sama pada realme 6 Pro iaitu
720G.
Menggunakan tetapan empat kamera dengan sensor utama
64MP Sony IMX682 dengan aperture f/1.8,
8MP kamera sudut lebar
, 2MP kamera depth sensor, dan
2MP kamera macro. Untuk kamera hadapan pula menggunakan sensor
32MP.realme 7 Pro menawarkan pengecasan pantas
65W dengan kapisiti bater
i 4500mAh. realme mendakwa 0%-100% hanya mengambil masa 34 minit sahaja. fungsi lain bagi realme 7 Pro adalah
stereo speaker dan
pengimbas cap jari dibawah skrin.
realme 7 Pro menawarkan dua konfigurasi iaitu
6GB dan
8GB RAM dengan teknologi
LPDDR4X dan untuk storan ia hadir dengan satu storan sahaja iaitu
128GB UFS 2.1 tiada storan 64GB ditawarkan. Harga bermula
RM1,119 ($270) untuk 6GB/128GB dan
RM1,244 untuk 8GB/128GB. Terdapat dua pilihan warna iaitu
Mirror Blue dan
Mirror Silver.
realme 7 akan mula dijual pada 10 September dan realme 7 Pro pada 14 September buat masa ini ia hanya ditawarkan di India sahaja. Untuk pasaran Malaysia ia bakal diberitahu kelak.