Close

realme 7 dan 7 Pro kini rasmi di Malaysia – Harga bermula RM1,299

 

realme satu jenama yang tidak asing lagi dalam penghasilkan peranti pintar. Hari ini pihak realme telah  mengumumkan peranti baru iaitu realme 7 dan  realme 7 Pro. Siri kali ini menawarkan peningkatan dari speksifikasi, kamera dan banyak lagi.


realme 7 hadir dengan 6.5 inci IPS LCD menyokong paparan 90Hz, merupakan peranti pertama yang menggunakan helio G95 dari MediaTek. Dua pilihan storan dan RAM iaitu 64GB dan 128GB, dan RAM 6GB dan 8GB. Menggunakan empat tetapan kamera dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut lebar, 2MP B&W potrait dan 2MP macro lens. bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

                               

realme 7 Pro pula hadir dengan 6.4 inci Super AMOLED FHD+, dimuatkan dengan cip pemproses 720G. Mempunyai dua pilihan RAM iaitu 6GB dan 8GB dan satu pilihan storan iaitu 128GB. Menggunakan empat tetapan kamera dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut lebar, 2MP B&W potrait dan 2MP macro lens.dan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Untuk harga jualan realme 7 dijual pada tanda harga RM1299 dan untuk realme 7 Pro adalah RM1499. Setiap pembelian pra tempah akan menerima hadiah percuma yang bernilai RM299. Untuk pembelian atas talian boleh klik disini.

ARTIKEL BERKAITAN