realme 7 dan realme 7 Pro peranti kelas pertengahan pertama dengan pengesahan TÜV - FUZZ.MY

ASUS

Friday, September 18, 2020

realme 7 dan realme 7 Pro peranti kelas pertengahan pertama dengan pengesahan TÜV


realme sentiasa hadir dengan peranti-peranti yang berkualiti dari segi rekaan serta bahan binaan. realme telah melakukan kerja-kerja yang bagus pada peranti mereka sebelum ini. Dengan tanda harga yang berpatutan, serta ciri-ciri yang ditawarkan. Dan kali ini realme hadir dengan peranti baru iaitu realme 7 dan realme 7 Pro.

 

realme 7 dan realme 7 Pro adalah penyambung kepada kejayaan realme 6 dan realme 6 Pro. realme 7 dan realme 7 Pro hadir dengan perubahan besar dari semua aspek. Rekaan yang lebih trendy, penawaran speksifikasi tertinggi bagi segmen kelas pertengahan, kamera yang lebih baik dan banyak lagi.

realme merupakan pengeluar yang menitikberatkan kualiti lebih dari kuantiti. Dengan pasaran yang sangat kompetitif realme sentiasa hadir dengan penawaran yang berbeza dari pengeluar lain. Dan perkara ini boleh dilihat pada realme 7 dan realme 7 Pro. Di mana realme 7 dan realme 7 Pro telah dibina dengan kualiti sebenar.


realme 7 dan realme 7 Pro adalah peranti pertama yang menerima pengesahan kebolehpercayaan oleh TÜV Rheinland. TÜV Rheinland merupakan firma keselamatan dan kualiti yang melopori hampir semua bidang perniagaan yang menyedia perkhidmatan ujian terkemuka di dunia yang pakar dalam menguji sistem dan produk teknikal di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan pengesahan kebolehpercayaan dari TÜV realme 7 dan realme 7 Pro telah melalui 22 ujian utama dan 38 ujian kecil yang merangkumi ujian seperti senario biasa penggunaan, penggunaan harian, kebolehpercayaan komponen dan juga ujian pada persekitaran yang melampau. realme juga telah meningkatkan ujian kualiti yang mana untuk meningkatkan lagi kebolehpercayaan peranti yang dihasilkan mereka.

Dengan pengesahan kebolehpercayaan dari TÜV menunjukkan realme sangat komited untuk menghasilkan produk terkini dengan kualiti tertinggi. Pengesahan ini juga menjadikan peranti realme 7 dan realme 7 Pro bukan sahaja bagus untuk digunakan, tetapi ia juga lebih tahan lama untuk digunakan. Dan pengguna dapat menikmati teknologi maju dengan reka bentuk yang trend.


realme 7 dan realme 7 Pro membuktikan yang realme sentiasa menghasilkan peranti yang berkualiti tinggi mengikut standard antarabangsa. Dengan realme 7 dan realme 7 Pro pengguna boleh menggunakan peranti dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang keraguan lagi.

Untuk saksikan pelancaran realme 7 dan  realme 7 Pro, anda boleh menonton di Facebook realme Malaysia pada 24 September jam 12.00PM.