Close

realme 7 Pro – Telefon pintar yang dilengkapi 65W SuperDart Charge dan keupayaan kuad-kamera 64MP bertaraf premium


realme
melancarkan dua lagi peranti mereka iaitu realme 7 dan realme 7 Pro. Ia merupakan kesinambungan peranti sebelum ini iaitu realme 6 dan realme 6 Pro.  Siri realme 7 dan realme 7 Pro menawarkan peningkatan spesifikasi yang terbaik di pasaran ketika ini.

Perubahan ketara pada realme 7 Pro  adalah pada kameranya. realme 7 Pro menggunakan empat tetapan dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut lebar, 2MP B&W depth sensor dan 2MP macro. Kemampuan kamera baru realme 7 Pro bakal merubah persepsi tentang peranti kelas pertengahan.

realme 7 Pro menggunakan sensor baru Sony IMX682. Sensor ini mempunyai kemampuan menghasilkan gambar yang sangat baik pada keadaan kurang cahaya. Dan sensor ini juga menyokong Super Pixel 1/1.73. Keupayaan kamera realme 7 Pro memang mengagumkan walaupun ia hanya kelas pertengahan.

 

Terdapat fungsi juga baru kamera yang ditambah bagi mengoptimasikan kamera utama 64MP. Fungsi Ultra-Clear 64MP mod yang mana ia memberikan hasil gambar yang sangat jelas pada setiap gambar. Dan mod boleh diubah-ubah kepada AI mod atau Pro mod. Namun jika anda seorang fotografi, Pro mod akan menjadi salah satu fungsi kegemaran anda.

Tidak cukup dengan itu, realme juga menyertakan beberapa fungsi yang telah ditambah baik seperti Starry mod, Pro Nightscape mod, Night Filters, AI Color Potrait dan juga Ultra Nightscape Video. Kesemua fungsi yang disertakan adalah sangat berguna bergantung kepada situasi. Jika korang suka tangkap gambar bintang boleh cuba Starry mod atau korang suka tangkap gambar malam atau kurang cahaya guna mod Pro Nightscape dan Night Filter. 

Dalam mod Night Filters anda boleh cuba tiga pilihan filter popular iaitu Cyberpunk, Flamingo dan Modern Gold. Nak record video malam korang pakai Ultra Nightscape Video untuk dapatkan hasil yang lagi terbaik. Untuk rakaman realme 7 Pro menyokong pelbagai fungsi rakaman dan mampu merakam sehingga 4K 30fps dan untuk slo-mo ia menyokong 1080P 120fps.

Untuk pengecasan, realme merupakan pakar dalam hal ini. Oleh yang demikian, realme 7 Pro menggunakan pengecasan pantas 65W SuperDart Charge dengan kapasiti bateri 4500mAh. realme mendakwa 0%-100% hanya mengambil masa 34 minit sahaja. Dan dengan hanya 12 minit mengecas ia mampu memperoleh 50% bateri. Tidak salah untuk mengatakan ia mungkin peranti kelas pertengahan pertama yang menyokong pengecasan 65W.

Kalau anda kaki games, ini mungkin salah satu sebab korang kena beli realme 7 Pro. Walaupun korang cas sambil main games realme 7 Pro tetap boleh dapat 43% dalam masa 30 minit. Dan yang paling gempak dengan 3 minit mengecas ia mampu mendapatkan 13% bateri. Dan paling syok realme 7 Pro juga menyokong teknologi pengecasan lain seperti Power Delivery (PD) dan juga Quick Charge (QC) 18W.

Untuk saksikan pelancaran realme 7 dan  realme 7 Pro, anda boleh menonton di Facebook realme Malaysia pada 24 September jam 12.00PM.

ARTIKEL BERKAITAN