realme seperti biasa meneruskan rentak cemerlang mereka dengan melancarkan
dua lagi peranti premium mereka iaitu r
ealme X7 dan juga
realme X7 Pro. Kedua peranti ini menggunakan cip pemproses baru dari
MediaTek iaitu Dimensity. Dan cip pemproses ini menyokong rangkaian
5G.
realme X7 hadir dengan srkin bersaiz
6.4 inci AMOLED FHD+ dengan paparan
120Hz. Ia juga menyokong touch sampling rate 180Hz. Nisbah skrin sehingga 90.8 peratus dengan pelindung
Gorilla Glass.
realme X7 merupakan fon pertama yang menggunakan cip pemproses Dimensity 800U yang menggunakan teknologi 7nm. Digabungkan dengan GPU Mali-G57. Hadir dengan pilihan RAM 6GB atau 8GB LPDDR4X dan untuk storan ia hanya menawarkan satu pilihan sahaja 128GB.
Kamera belakang realme X7 menggunakan empat tetapan dengan sensor utama
64MP f/1.8 aperture, 8MP kamera sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP Macro. Bagi kamera hadapan model ini menggunakan 32MP dengan 80-degree FOV dan f/2.45 aperture.Kapasiti bateri bagi realme X7 ialah 4300mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperDart 65W yang masa mengecas hanya 35 minit sahaja. Menggunakan pengimbas cap jari dibawah skrin.
realme X7 Pro pula hadir dengan skrin
6.55-inci S-AMOLED FHD+ dengan paparan 120Hz dan menyokong touch sampling rate 240Hz. Nisbah skrin adalah 91.6 peratus dan menggunakan skrin rata serta pengimbas cap jari di skrin.
realme X7 Pro menggunakan cip pemproses
Dimensity 1000+ yang dikatakan sebaris dengan Snapdragon 865. Dilengkapi dengan
6GB dan
8GB RAM LPDDR4X, pilihan storan 128GB dan 256GB menggunakan teknologi
UFS 2.1.Tiada perubahan bagi kamera belakang dan depan realme X7 dan X7 Pro yang menggunakan tetapan yang sama
64MP+8MP+2MP+2MP. Dan kamera hadapan menggunakan jenis punch hole
32MP. realme X7 Pro menggunakan stereo speaker dan X7 hanya single linear speaker.
Kapasiti bateri yang lebih besar sedikit dari realme X7 iaitu
4500mAh dan menggunakan pengecasan pantas SuperDart 65W. realme 7 Pro dilengakapi dengan
sistem penyejuk yang boleh menurukan suhu terasa sehingga
10 darjah celcius.Siri realme X7 sudah mula di pra tempah di China dan penghantaran dijangka pada 7 September. Berikut adalah harga bagi siri realme X7 :
realme X7
6GB+128GB = RM1,096 (1799 Yuan)
8GB+128GB = RM1,461 (2399 Yuan)
Warna pilihan : Blue,Gradient dan Fanasty White.
realme X7 Pro
6GB+128GB = RM1,341 (2199 Yuan)
8GB+128GB = RM1,511 (2499 Yuan)
8GB+256GB = RM1,947 (3199 Yuan)
Warna pilihan : Black, Gradient dan Fantasy White.
(sumber)