Close

Sah! Senarai 4 nama siri iPhone 12 yang akan dilancarkan sekitar bulan Oktober

iPhone 12 adalah telefon pintar dari Apple yang sedang hangat diperkatakan sekarang kerana dilaporkan akan dilancarkan pada 13 Oktober, sedikit lambat dari kebiasaan pelancaran iPhone sebelum ini (September). Pelbagai maklumat tentang siri iPhone 12 telah tertiris, termasuklah rekaan dan spesifikasi yang akan ditawarkan.

Kini, terdapat imej pelekat yang dikatakan dari pelindung rasmi siri iPhone 12 tertiris dari pengguna Twitter bernama DuanRui yang menunjukkan bahawa terdapat 4 model yang berbeza dengan nama :

  • iPhone 12 mini (5.4-inci)
  • iPhone 12 (6.1-inci)
  • iPhone 12 Pro (6.1-inci)
  • iPhone 12 Pro Max (6.7-inci)
Jika mengikut maklumat yang teriris, antara yang menarik dengan siri iPhone 12 kali ini adalah semua model akan hadir dengan panel skrin jenis OLED, terdapat sokongan rangkaian 5G (pada model Pro), rekaan seperti iPad Pro dan pilihan warna baharu. Untuk maklumat lanjut, tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN