Close

Samsung Exynos 1000 tiga kali lebih pantas dari Snapdragon 875

Seperti yang kita tahu yang Samsung mempunyai cip pemproses sendiri yang digunakan pada fon mereka iaitu Exynos. Cip pemproses Samsung tidaklah sepopular Qualcomm atau MediaTek.  Namun, terdapat laporan mengatakan yang Exynos 1000 akan lebih berkuasa berbanding Qualcomm Snapdragon 875.

Tidak seperti Exynos yang lain, cip pemproses baru Samsung Exynos 1000 akan menggunakan teknologi RDNA GPU. Teknologi RDNA GPU akan menggantikan GPU Mali yang digunakan pada Exynos sebelum ini. Dan perkara ini telah pun disahkan oleh Samsung pada bulan Jun tahun lalu.

Dengan ujian yang dijalankan pada Manhattan 3.1, Exynos 1000 mendapat skor sekitar 181FPX yang menunjukkan ia 50% lebih tinggi dari GPU Adreno 650 pada Snapdragon 865. Pada ujian Frame Rate di Aztec, Exynos 1000 mendapat skor 58FPS yang mana ia tiga kali lebih pantas daripada Qualcomm Snapdragon 865.

Exynos 1000 dijangka akan dikeluarkan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan dan akan menggunakan teknologi 5nm. Mungkin, kita bakal menyaksikan Exynos 1000 digunakan pada generasi baru siri Galaxy “S”.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN