Close

Samsung Galaxy S20 Fan Edition kini rasmi – Snapdragon 865, paparan 120Hz dan bateri 4500mAh

 

Samsung mengumumkan siri baru dari Galaxy S iaitu Samsung Galaxy S20 FE. FE adalah singkatan kepada ‘Fan Edition’ yang menawarkan ciri-ciri terpenting yang diinginkan oleh peminat siri Samsung Galaxy S.

Samsung Galaxy S20 FE bersaiz 6.5 inci flat super AMOLED  FHD+ dengan paparan 120Hz. Hadir dengan dua varian iaitu versi 5G dan juga 4G. Untuk versi 5G menggunakan Snapdragon 865 dan 4G pula Exynos 990. Menggunakan satu varian sahaja 6GB RAM dan storan 128GB dan menyokong slot memori sehingga 1TB.

Bagi tetapan kamera Samsung Galaxy S20 FE menggunakan tiga tetapan kamera dengan kamera utama 12MP f1.8. 12MP sudut lebar f2.2 dan 8MP telefoto f2.4 dengan 3x Optical Zoom dan 30x Space Zoom. Untuk kamera hadapan mengunakan 32MP f2.2.

Bateri Samsung Galaxy S20 FE adalah 4500mAh sama seperti S20+ dan menyokong pengecasan pantas 25W yang tidak disertakan didalam kotak. Dalam kotak jualan hanya tersedia pengecasan pantas 15W. Ia juga menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar 15W dan Wireless PowerShare.

Fungsi lain bagi Samsung Galaxy S20 FE adalah seperti pembesar suara stereo, pengesan cap jari dibawah skrin dan juga kalis air dan debu IP68 sehingga 30 minit pada kedalaman 1.5 meter.

Samsung Galaxy S20 FE hadir dengan enam pilihan warna iaitu Cloud Navy, Cloud Red, Cloud Lavender, Cloud Mint, Cloud White dan juga Cloud Orange. Harga jualan sekitar RM2,919 ($700) boleh di pra tempah hari ini dan jualan akan bermula pada 2 Oktober.

ARTIKEL BERKAITAN