Close

Samsung mempatenkan rekaan telefon pintar dengan paparan telus

Samsung

Sejak kebelakangan ini, banyak pengeluar menjerumus ke arah rekaan yang lebih futuristik. Jika diputar kembali semasa hadirnya idea rekaan fon lipat ia seperti fiksyen semata-mata tapi hari ini fon lipat sudah berjaya dihasilkan dengan jayanya.

Samsung

Samsung telah mempaten rekaan itu kepada USPTO (Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat) dan WIPO (Pejabat Harta Intelek Dunia), menurut LetsGoDigital. Paten ini telah pun dibuat pada 27 Ogos 2020 yang menerangkan teknologi yang diperlukan untuk membuat telefon pintar menjadi telus. ia sebagai alternatif  kepada teknologi yang mungkin akan digunakan pada alat elektronik yang lain termasuk TV, monitor, komputer riba, dan konsol permainan.


Namun, tiada sebarang info tentang Samsung Galaxy yang akan menggunakan teknologi ini. Paten bukan sesuatu yang pasti dihasilkan ia boleh menjadi paten sampai bila-bila atau ia bakal dihasilkan. Mungkin kita boleh melihat teknologi ini digunakan dalam beberapa tahun akan datang.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN