Close

Siri baru OnePlus Nord akan muncul tidak lama lagi

 

OnePlus akan melancarkan siri baru dibawah OnePlus Nord. Walaupun baru dua bulan OnePlus Nord dilancarkan, pihak OnePlus sendiri mengesahkan yang mereka bakal menghasilkan beberapa lagi model dibawah OnePlus Nord.

Melalui akaun Instagram oneplus.nord mereka telah berkongsi satu posting dengan logo OnePlus berserta caption“ComingSoon”. Sebelum ini telah tertiris beberapa info tentang model baru OnePlus Nord di arena web.

Berikutan posting yang dibuat oleh OnePlus, ia menguatkan lagi yang mereka akan melancarkan dua model dibawah OnePlus Nord iaitu OnePlus Nord N100 dan juga OnePlus Nord N105g. Model OnePlus Nord 105G akan menggunakan pemproses Snapdragon 690, paparan 90Hz dan empat kamera.


Tiada lagi tarikh atau speksifikasi penuh bagi kedua-dua model jadi sama-sama kita nantikan model baru dari OnePlus ini.

ARTIKEL BERKAITAN