Close

Sony PS5 akan mula dijual pada 12 November dengan harga sekitar RM1,653

Sony hari ini telah mengumumkan harga dan juga tarikh penjualan bagi Sony PS5. Ia sesuatu yang ditunggu oleh semua peminat konsol diseluruh dunia. PS5 akan mula dijual pada 12 November di beberapa negara seperti AS, Japan, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand dan juga South Korea. Dan bermula 19 November ia akan dijual diseluruh dunia.


Untuk PS5 Digital, ia akan dijual ada tanda harga RM1,653 ($399.99) dan untuk versi Ultra HD Blu-Ray Disc Drive akan dijual pada tanda harga RM2,067 ($499.99). Sony PS5 akan bersaing dengan konsol Xbox Series X dan Series S dari Microsoft. Untuk pasaran Malaysia ia masih tiada lagi harga rasmi yang dikeluarkan.

ARTIKEL BERKAITAN