Close

Sony Xperia 5 II kini rasmi – Snapdragon 865 dan paparan 120Hz OLED dengan harga sekitar RM4,396

Sony telah mengumumkan peranti terbaru mereka iaitu Sony Xperia 5 II bagi menggantikan Sony Xperia 5. Sony Xperia 5 telah dilancarkan pada September 2019. Kini, Sony Xperia 5 II menawarkan speksifikasi terkini dan ia boleh dianggap sebagai Xperia 1 II versi yang lebih kompak.

Xperia 5 II  hadir dengan skrin bersaiz 6.1 FHD+ dengan paparan 120Hz dan nisbah 21:9. Ia juga menyokong kandungan HDR. Menggunakan cip pemproses 865, RAM sehingga 8GB dan dua pilihan storan 128GB dan 256GB. Menyokong pengecasan pantas 21W yang tidak tersedia didalam kotak dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Dan tiada pengecasan tanpa wayar.

Menggunakan tiga tetapan kamera belakang dengan kesemuanya menggunakan 12MP namun menggunakan focal lenght yang berbeza.  Dengan Focal length yang pertama adalah 16mm sudut lebar, 70mm telefoto dengan 3x zoom, dan 24mm kamera utama. Untuk rakaman video ia mampu merakam pada resolusi 4K HDR dengan 120fps.

Untuk fungsi lain, Xperia 5 II menyokong pembesar suara jenis stereoaudio jack 3.5mm, menggunakan Gorilla glass 6, Micro SD card slot dan ia menyokong ketahanan air dan habuk IP86. 

Peranti ini boleh di pra tempah pada 29 September di Amerika Syarikat. Ia hadir dengan tiga pilihan warna hitam, biru dan kelabu dengan tanda harga sekitar RM4,396 (€900).

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN