Close

Tik Tok dan WeChat diharamkan di Amerika Syarikat bermula esok

 

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat secara rasmi telah mengumumkan yang aplikasi Tik Tok dan WeChat diharamkan di Amerika Syarikat Aplikasi ini akan dikeluarkan dari Google Play Store dan juga App Store.

Arahan pengharaman Tik Tok dan WeChat akan bermula pada 20 September 2020. Dan kedua-dua Aplikasi ini juga tidak dibenarkan melakukan sebarang transaksi kewangan di Amerika Syarikat.

TikTok dan WeChat  masih lagi boleh digunakan buat masa ini. Tetapi aplikasi ini akan diberhentikan sepenuhnya tidak lama lagi. Bermula dengan WeChat yang akan dihentikan pada 20 September dan Tik Tok pula pada  12 November.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN