Close

Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro kini rasmi – Skrin LCD bersama paparan 144Hz dengan harga mencecah RM3,166

 

Xiaomi hari ini telah mengumumkan peranti terbaru mereka iaitu Mi 10T dan Mi 10T Pro yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan terdapat rangkaian 5G pada kedua-duanya.

Untuk Xiaomi Mi 10T dan Pro, ia hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.67-inci FHD+ dan yang menariknya, terdapat paparan segar semula sehingga 144Hz, pilihan memori 6GB atau 8GB RAM LPPDR5, storan 128GB untuk Mi 10T dan 256GB untuk Pro jenis UFS 3.1

Selain itu juga, Mi 10T dan Pro turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari di butang kuasa, pembesar suara stereo, tiada bicu audio, ketahanan panel jenis Gorilla Glass 5 depan dan belakang, bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W. 

Jika dibandingkan dengan Mi 10T Pro, spesifikasi yang ditawarkan adalah sama seperti Mi 10T sahaja cuma terdapat pilihan 256GB storan, menggunakan tri-kamera 108MP utama (OIS), 13MP ultra sudut lebar dan 5MP makro, manakala bahagian hadapan dengan 20MP kamera swafoto. Untuk, Mi 10T hanya guna 64MP kamera utama yang turut guna tri-kamera.

Harga bagi pasaran luar :

  • Mi 10T 6GB + 128GB = €499 (RM2,440)
  • Mi 10T 8GB + 128GB = €549 (RM2,685)
  • Pro 8GB + 128GB = €599 (RM2,922)
  • Pro 8GB + 256GB = €649 (RM3,166)
Xiaomi Malaysia akan melancarkan pada 6 Oktober ini. Nantikan pula harga jualan rasmi di Malaysia nanti. Apa pendapat anda?

ARTIKEL BERKAITAN