Close

Xiaomi Mi 10T Lite turut diperkenalkan – Snapdragon 750G dan paparan 120Hz dengan harga sekitar RM1,366

Disamping pelancaran Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro, Xiaomi turut melancarkan satu lagi peranti baru kelas pertengahan iaitu Xiaomi Mi 10T Lite.

Xiaomi Mi 10 Lite hadir dengan skrin bersaiz 6.67 inci FHD+ paparan 120Hz bersama Gorilla Glass 5. Mi 10T Lite merupakan peranti pertama di pasaran dengan cip pemproses 750G digabungkan dengan memori 6GB RAM dan dua pilihan storan iaitu 64GB atau 128GB. 

                                

Untuk kamera, Mi 10T Lite menggunakan kuad-kamera dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth sensor. Untuk rakaman ia menyokong sehingga 4K 30fps dengan gyro EIS terbina. Kamera swafoto bersaiz 16MP jenis Punch Hole.

                                 

Bagi kapasiti bateri, Mi 10T Lite menggunakan 4820mAh dengan pengecasan pantas 33W di dalam kotak. Tiada sokongan pengecasan tanpa wayar dan pengimbas cap di butang kuasa. Fungsi lain yang ada pada Mi 10 Lite seperti Bicu Audio 3.5mmSplash-proof protection, LiquidCool Technolog dan juga IR Blaster.

                                 

Harga bagi pasaran luar :

  • Mi 10T Lite 6GB + 64GB = €279 (RM1,366)
  • Mi 10T Lite 6GB + 128GB = €329 (RM1,611)

ARTIKEL BERKAITAN