Close

Xiaomi Mi 10T, Mi 10T Pro dan Mi 10T Lite bakal dilancarkan pada 30 September

 

Buat peminat tegar Xiaomi, pasti anda ternanti-nanti penyambung legasi bagi model Mi 9T dan Mi 9T Pro. Dan penantian itu bakal berakhir apabila Xiaomi telah mengumumkan tarikh pelancaran Mi 10T, Mi10T Pro dan Mi 10T Lite pada 30 September.

Pada kali ini Xiaomi membawakan 3 variasi Mi 10T termasuk satu variasi baru iaitu Mi 10T Lite. Model Mi 10T Lite dikatakan akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 750G dengan anggaran harga jualan sekitar RM1,243 ($300).


Untuk Mi 10T Pro dijangka akan menggunakan cip 865, skrin LCD dengan paparan 144Hz, bateri yang lebih besar 5000mAh dan juga kamera utama 108MP. Mi 10T kemungkinan akan menggunakan cip 765G seperti model Mi 9T dan kamera utama yang lebih rendah iaitu 64MP.

Hraga anggaran bagi Mi 10T adalah sekitar RM2,415 (€ 499), sementara Mi 10T Pro dijangka bermula pada RM2,899 (€ 5990). Apa-apa pun kita tunggu harga rasmi pada hari pelancaran.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN