Close

YouTuber terkenal Korea, Daud Kim mengaku gunakan Islam untuk meraih populariti dan meminta maaf

Daud Kim, seorang YouTuber dari Korea Selatan yang cukup terkenal di kalangan penonton di Malaysia kerana memeluk Islam tahun lalu yang juga sering kongsikan video beliau di laman sosial baru-baru ini terpalit dengan tuduhan cubaan merogol seorang wanita.

Wanita yang dipercayai mangsa rogol itu turut muat naik bukti video dan pelbagai kecaman diterima menerusi pendedahan video tersebut. Beberapa hari selepas itu, Daud Kim tampil memberi penjelasan melalui video dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa, saudara Islam di Korea dan peminat beliau.

Dalam penjelasan beliau, Daud Kim mengakui mabuk ketika berada di satu kelab malam dan juga turut mengaku menggunakan Islam untuk meraih populariti dengan berlakon baik di hadapan kamera untuk menarik minat penonton. Beliau juga turut mengaku yang beliau sebenarnya bukan sebaik itu.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Daud Kim juga turut mendedahkan bahawa beliau pernah 3 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Namun, perkahwinan itu gagal dan telahpun bercerai dengan isterinya.

Beliau juga turut kesal dan berulang kali memohon maaf, serta ingin mengundur diri dari media sosial dan akan cuba menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Apa pun, kami doakan agar Daud Kim sentiasa muasabah diri dan amalkan apa yang telah dipelajari beliau tentang Islam.

(Rujukan Video Permohonan Maaf Daud Kim)

ARTIKEL BERKAITAN