Close

Apple akan menaikkan harga App Store di beberapa negara termasuk Indonesia, Russia dan India

Apple baru-baru ini telah umumkan akan menaikkan harga App Store di beberapa negara terpilih iaitu Indonesia, Russia, India, Colombia, South Africa dan Brazil dalam beberapa hari mendatang. Malaysia, Singapura dan negara lain terkecuali dalam perubahan harga ini.
Peningkatan harga ini hanya pada aplikasi yang berbayar dan pembayaran dalam-aplikasi, namun Apple tidak menyentuh tentang perkhidmatan seperti Apple Music dan juga iCloud yang mungkin tidak terkesan.
Pihak Apple menjelaskan perubahan harga ini berlaku adalah disebabkan oleh pertukaran wang asing semasa dan juga caj cukai yang semakin menaik. 

ARTIKEL BERKAITAN