Close

Apple mungkin akan perkenalkan iPhone dengan storan sebesar 1TB

Jumlah storan adalah satu faktor yang amat penting waktu ini pada sesebuah telefon pintar kerana kebanyakan pengeluar tidak lagi menyediakan ruang tambahan mikroSD, sebaliknya menawarkan storan awan yang perlu dilanggan dan dibayar setiap bulan.
Siri iPhone 12 mempunyai storan sehingga 512GB yang boleh dikira sebagai storan yang terlalu cukup untuk pengguna biasa. Namun jika difikirkan bagi pengguna yang kerap mengambil gambar dan video, lebih-lebih lagi resolusi 4K, ia mungkin tidak cukup untuk penggunaan lama.
Dalam ciapan terbaru oleh Jon Prosser seakan memberi petanda bahawa Apple akan perkenalkan iPhone dengan storan sehingga 1TB. Mungkin juga pada iPhone 13 yang bakal diperkenalkan pada tahun 2021 kelak.
Jika dulu kita rasa 64GB cukup besar, sekarang 64GB boleh dikira sebagai storan paling kecil untuk telefon pintar tahun 2020. Ia juga akan terjadi pada storan 128GB atau 256GB satu hari nanti dan mahukan storan yang lebih besar kerana penggunaan teknologi dan data yang semakin besar. Jadi tidak hairan jika Apple menawarkan storan 1TB untuk iPhone mereka nanti.

ARTIKEL BERKAITAN