Close

Apple Watch Series 6 dan SE boleh ditempah bermula 15 Oktober dengan harga sekitar RM1,199 ~ RM2,349

Apple Watch Series 6 (AW6) dan Watch SE sememangnya adalah jam tangan pintar yang dinantikan oleh peminat barangan Apple di Malaysia yang baru sahaja dilancarkan pada bulan September lalu dengan ciri baharu seperti sensor mengesan oksigen dalam darah dan pilihan warna baharu, merah dan biru.
Berita baik, penjual barangan Apple yang sah di Malaysia telah mengumumkan bahawa kedua-dua jam terbaru dari Apple itu boleh mula dibeli secara pra-tempahan pada 15 Oktober ini melalui Switch, Machines dan Lazada di Malaysia.

Sebagai rujukan, Apple Watch Series 6 dijual dengan harga bermula RM1,749 dan Watch SE dijual dengan harga bermula RM1,199. Untuk membuat tempahan AW Series 6, boleh klik di pautan berikut :

ARTIKEL BERKAITAN