Close

Bateri iPhone 12 Pro Max lebih kecil berbanding iPhone 11 Pro Max

Hype mengenai siri baru iPhone masih belum reda. Terdapat info baru mengenai kapasiti bateri yang digunakan pada iPhone 12 Pro Max. Buat mereka yang tidak tahu, Apple sentiasa merahsiakan spesifikasi peranti mereka.

iPhone 12 Pro Max menggunakan kapasiti bateri 3,687mAh yang mana ia 7% lebih kecil berbanding kapasiti bateri iPhone 11 Pro Max iaitu 3,969mAh. Ia merujuk kepada laporan daripada TENAA dan juga FCC dari China.

Walaupun menggunakan kapasiti bateri yang lebih kecil , iPhone 12 Pro Max dikatakan akan mempunyai tahap jangka hayat bateri yang sama seperti iPhone 11 Pro Max. Kedua-dua model ini mampu memainkan 20 jam main balik video dan 80 jam untuk main balik audio.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN