Close

Carl Pei sah tinggalkan OnePlus

 Pengasas bersama OnePlus iaitu Carl Pei sah telah meninggalkan syarikat itu, ia disahkan Android Central melalui dokumen dalaman yang bocor dan Carl Pei tidak lagi ada di dalam carta organisasi OnePlus yang terbaru.

Carl Pei mengasaskan OnePlus bersama CEO Pete Lau pada Disember 2013, mereka pernah bekerjasama di bawah Oppo, dan mengembangkan OnePlus menjadi salah satu peranti yang terkenal untuk enthusiasts. Carl Pei juga adalah individu terpenting di dalam penghasilan OnePlus Nord.

Berikutaan ketiadaan Carl Pei, Emily Dai bakal mengambil peranan utama di OnePlus Nord. Sebelum ini merupakan CEO bagi OnePlus India.

OnePlus belum lagi mengulas mengenai perkara ini. Menurut TechCrunch Carl Pei meninggalkan OnePlus untuk bergerak sendiri, walaupun tidak dinyatakan hala tuju beliau berkaitan peranti mudah alih atau teknologi.

Seperti yang kita tahu OnePlus akan mengadakan pelancaran OnePlus 8T pada 14 Oktober dan ketiadaan Carl Pei sewaktu pelancaran bakal menimbulkan persoalan mengenai ketiadaan beliau. Carl Pei merupakan watak utama pelancaran produk kepada peminat dan media Barat berikutan kefasihan beliau dalam bahasa inggeris berbanding CEO Pete Lau.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN