Close

Cerita remaja jual buah pinggang semata untuk beli iPhone adalah benar – Ini apa yang berlaku…

Bila sebut sahaja membeli iPhone di Malaysia, pastinya netizen lebih sinonim dengan kata perli ‘jual buah pinggang’ untuk membelinya kerana harga yang terlampau tinggi mencecah RM7,000 untuk sebuah iPhone 11 Pro Max. Sebenarnya, jual buah pinggan untuk beli iPhone ni adalah cerita yang benar-benar berlaku di China.
Seorang remaja yang bernama Xiao Wang yang pada masa itu berusia 17 tahun nekad menjual salah satu buah pinggan beliau di pasaran gelap pada tahun 2011 dengan harga RM13,000 demi untuk membeli iPhone 4 dan iPad 2 pada masa itu.

Namun selepas pembedahan itu, remaja itu menderita kerana kesihatan yang semakin merosot dan hanya terlantar di katil sahaja.
Mujur, berdasarkan laporan dari media di China, keluarga remaja itu mendapat pampasan bernilai RM884,000 pada November 2012. Malah, individu yang terlibat termasuk doktor dalam pembedahan itu didakwa di mahkamah dan dipenjarakan selama 3 ~ 5 tahun.
Berdasarkan laporan pada tahun lalu, remaja itu masih terlantar di atas katil kerana sakit dan lumpuh. Semoga kejadian yang berlaku ini memberi pengajaran pada anda semua yang ingin membeli sesuatu sehingga sanggup gadai perkara yang lebih penting. 
(Sumber 1, 2)

ARTIKEL BERKAITAN