Close

DJI Pocket 2 akan mula dijual di Malaysia pada 1 November dengan harga RM1,549

DJI sebelum ini telahpun memperkenalkan DJI Pocket 2 dengan beberapa penaiktarafan dari model sebelum ini seperti sensor kamera 64MP yang lebih besar dan sudut lebar lebih luas, rakaman video HDR pada resolusi 2.7K, keuapayaan zum sehingga 4x kali dan pelbagai lagi.
Menariknya, DJI Pocket 2 adalah kamera yang mempunyai gimbal penstabilan video dengan saiz yang kecil supaya mudah dibawa ke mana sahaja.

Buat anda yang menantikannya, DJI Pocket 2 akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula 1 November ini dengan harga bermula RM1,549 untuk pakej asas dan RM2,169 untuk pakej Creator Combo dengan pelbagai aksesori menarik.

ARTIKEL BERKAITAN