DJI telah mengumumkan kamera DJI Pocket yang telah dipertingkat iaitu DJI Pocket 2 dengan rekaan yang dilihat masih mengekalkan identitinya yang mudah dibawa ke mana sahaja dan gimbal penstabilan yang memberi penstabilan semasa merakam video.
Antara penaiktarafan lain seperti kualiti mikrofon yang merakam audio dengan lebih baik, fungsi zum audio untuk merakam audio dalam jarak yang jauh dengan lebih bagus dan bateri yang mampu bertahan sehingga 140 minit.
Untuk harga, DJI Pocket 2 ditawarkan dengan harga bermula $349 (RM1,446) sehingga $499 (RM2,068) dengan pakej pelbagai aksesori yang menarik.