Jika diikutkan pada garis masa yang dikeluarkan Google. Kemaskini Google Pixel 2 dan Pixel 2XL yang terakhir adalah pada bulan Oktober.
Namun, Google menjanjikan satu lagi kemaskini terakhir iaitu pada bulan Disember yang merangkumi penyelesaian kritikal seperti pada Google Pixel.
Oleh yang demikian, Google akan melangkau kemaskini bulan November dan hanya memberikan kemaskini akhir pada bulan Disember.
Google menjanjikan dua tahun sokongan kemaskini pada peranti Google Pixel 4 ke bawah. Dan tiga tahun pada peranti terbaru mereka.