Google hari ini telah mengumumkan barisan baharu Google Pixel iaitu
Google Pixel 4a 5G dan juga
Pixel 5 yang juga terdapat rangkaian 5G dan kedua-dua peranti terbaru ini turut dijana dengan cip pemproses Snapdragon 765G.
Google Pixel 4a 5G dan Pixel 5 kedua-duanya menggunakan paparan jenis
OLED FHD+ bersama paparan
90Hz yang hanya ditawarkan pada Google Pixel 5 sahaja. Untuk Pixel 4a 5G hanya paparan
60Hz sahaja.
Google Pixel 4a 5G hadir dengan kapasiti
6GB RAM dan storan
128GB. Kapasiti bateri 3885mAh dengan pengecasan pantas. Masih mengekalkan
bicu audio 3.5mm, skrin bersaiz 6.2-inci dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.
Untuk Google Pixel 5 ia menggunakan kapasiti
8GB RAM dan
128GB storan. Bateri
4080mAh menyokong pengecasan pantas tanpa wayar, skrin bersaiz 6.0-inci, menyokong pengecasan tanpa wayar berkongsi, dan tiada bicu audio.
Pada bahagian kamera, kedua-dua model menggunakan dwi-kamera dengan kamera utama 12MP dwi-piksel f/1.7 dan 16MP ultra sudut lebar f/2.2. Manakala bahagian hadapan, terdapat kamera Swafoto 8MP f/2.0.
Untuk keselamatan pula kedua-dua menggunakan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Pembesar suara jenis stereo juga masih dikekalkan. Harga pasaran bagi Pixel 4a 5G 6/128 adalah $499 (RM2,073) dan Pixel 5 8/128GB pula $699 (RM2,904).