Close

Google Pixel 5 menghadapi masalah skrin terangkat

Pra-tempahan bagi Google Pixel 5 telahpun sampai ke tangan pengguna. Namun terdapat beberapa pengguna melaporkan terdapat masalah pada bumper plastik skrin dan bingkai aluminium dikatakan sedikit terangkat.

Pengguna turut melaporkan yang kawasan sekitar kamera dan slot sim merupakan hotspot bagi masalah ini. Kerana kawasan tersebut lebih panas berbanding kawasan lain. Dengan Keadaan skrin dan bingkai sedikit terangkat bakal memberi masalah kepada ketahanan air dan debu (IP68) yang ada pada Google Pixel 5.

Buat masa ini hanya segelintir pengguna yang melaporkan masalah ini. Kebanyakkan pengguna yang melaporkan masalah ini adalah yang menggunakan  Google Pixel 5 berwarna hitam. Mungkin disebabkan warnanya yang lebih kontras berbanding Google Pixel 5 hijau.
 

Google belum memberikan sebarang maklumbalas berkaitan masalah ini kerana ia masih menjadi isu biasa buat masa ini.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN