Close

Harga iPhone 11 turut dikemaskini dengan lebih murah dan tiada pengecasan atau EarPods dalam kotak jualan

Apple sudahpun melancarkan siri iPhone 12 mereka yang hadir bersama 4 pilihan varian dengan harga bermula RM3,3999 untuk iPhone 12 mini sehingga mencecah RM6,899 untuk iPhone 12 Pro Max dengan pelbagai penaiktarafan dari segi rekaan dan spesifikasi.
Disamping itu, Apple juga dilihat turut kemaskini penjualan iPhone di laman sesawang rasmi mereka. Tiada lagi iPhone 11 Pro atau 11 Pro Max. Sebaliknya, iPhone 11 masih dijual namun dengan harga yang lebih murah iaitu RM2,899 untuk 64GB, RM3,099 untuk 128GB dan RM3,599 untuk 256GB.

Ketiadaan palam pengecas dan EarPods bukan sahaja pada siri iPhone 12, namun ia juga turut tiada untuk iPhone 11 dengan harga yang telah dikemaskini dan digantikan dengan kabel jensi USB-C ke Lightning. Oleh itu, jika anda mahukan palam pengecas, anda perlu beli secara berasingan dengan harga RM99 untuk 20W atau gunakan yang sedia ada dari iPhone lama.
Video tentang siri iPhone 12 :

ARTIKEL BERKAITAN