Sebelum ini Honda Malaysia telah mengumumkan model kereta segmen-B yang paling popular di Malaysia iaitu Honda City 2020 generasi ke-5 yang kini sudahpun rasmi di Malaysia dengan pembaharuan dari segi rekaan dan teknologi.
Terdapat 4 pilihan varian untuk Honda City 2020 iaitu model S, E dan V yang dijana dengan enjin 1.5L DOHC Petrol i-VTEC (119hp dan 145Nm). Manakala varian RS e:HEV dijana dengan enjin jenis Multi-Mode Drive (i-MMD) sistem hybrid yang lebih berkuasa (106hp dan 253Nm) bersama transmisi e-CVT.
Setakat ini, Honda Malaysia sudahpun mendapat 5,000 unit tempahan untuk Honda City 2020. Malangnya untuk varian RS, ia akan mula dijual dan harga akan didedahkan pada Januari 2021. Berikut adalah harga jualan rasmi di Malaysia selepas pengecualian cukai jualan :
- S - RM74,191.27
- (Termasuk cukai RM76,800)
- E - RM81,664.82
- (Termasuk cukai RM84,800)
- V - RM86,561.45
- (Termasuk cukai RM89,800)