Close

Imej paten Honda Civic generasi ke-11 terdedah

Sebut saja jenama Honda, kebanyakan pengguna di Malaysia mengidamkan untuk memilikinya, lebih-lebih lagi model Civic yang memang terkenal dengan rekaan yang sporty dan mewah. Honda Civic sudahpun masuk generasi ke-10 yang digelar sebagai Civic FC dengan harga jualan mencecah RM139K di Malaysia.

Kini terdapat imej paten yang terdedah menunjukkan rekaan Honda Civic generasi ke-11 sedan yang dikhabarkan akan diperkenalkan sekitar tahun 2021 dengan rekaan yang lebih nampak minimal dan masih mengekalkan DNA rekaan Honda Civic FC.
Jika dilihat dengan teliti, perubahan yang paling ketara sekali adalah pada lampu bahagian belakang yang ditelah diperbaharui berbanding ‘lampu sepit ketam’ sekarang dan lampu hadapan yang seakan-akan Honda City 2020.
Setatat ini tiada maklumat lanjut tentang spesifikasi enjin mahupun dalam kereta ini. Harapnya ia akan dibocorkan lagi dalam tahun ini. 

ARTIKEL BERKAITAN