Close

Instagram dan Messenger bakal menyokong rentas platform

 


Facebook mengumumkan fungsi baru yang akan membolehkan pengguna Instagram dan Messenger berkomunikasi secara rentas platform dan membawakan sejumlah fungsi Messenger ke dalam Instagram.

Pada aplikasi Instagram, pengguna diberi pilihan untuk mengemas kini pemesejan baru yang menawarkan kemampuan untuk mengubah warna permesejan, sokongan reaksi emoji, menonton video bersama,  mengatur mesej dipadam pada sesuatu masa dan banyak lagi. 

Kemaskini ini tidak memerlukan pengguna memasang aplikasi Facebook Messenger. Ia hanya menggunakan Instagram untuk mendapatkan fungsi Messenger. Buat masa ini, ia masalah diperingkat percubaan dan selepas ini Whatapps juga bakal menyokong rentas platform.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN