Close

iPhone 12 mini dilengkapi dengan bateri 2227mAh dan iPhone 12 dengan 2815mAh – Lebih kecil dari iPhone 11

Jika sebelum ini persoalan tentang RAM sudahpun terjawab, kini kapasiti bateri pula. Menerusi laporan dari MacRumors, kapasiti bateri untuk iPhone 12 mini dan iPhone 12 sudahpun diketahui.
Untuk iPhone 12 mini, ia dilengkapi dengan bateri 2227mAh dan untuk iPhone 12 dengan 2815mAh. Ini menjadikan iPhone 12 mini dengan saiz 5.4-inci bateri yang paling kecil untuk siri iPhone 12 dan lebih besar sedikit berbanding iPhone SE 2020 (4.7-inci) dengan bateri 1821mAh sahaja.
Namun jika dibandingkan dengan iPhone 11, iPhone 12 mempunyai kapasiti bateri lebih kecil walaupun berkongsi saiz yang sama iaitu 6.1-inci kerana iPhone 11 dibekalkan dengan 3110mAh.

Manakala untuk iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max, terdapat laporan yang menyebut bahawa 12 Pro dilengkapi dengan bateri 2775mAh dan 12 Pro Max dengan 3687mAh. Namun tidak pasti sejauh mana ketepatan maklumat ini.
Jika benar, maka kapasiti bateri iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max juga turut dikurangkan berbanding iPhone 11 Pro (3046mAh) dan 11 Pro Max (3969mAh). Persoalannya, adakah dengan bantuan skrin OLED dan A14 Bionic ketahanan bateri akan lebih bagus berbanding iPhone 11?

ARTIKEL BERKAITAN