Close

iPhone 12 tidak lagi mesra untuk dibaiki di kedai luar – Menyelamatkan alam sekitar atau buat lebih keuntungan?

Sejak pengeluaran siri iPhone 12, Apple bersungguh-sungguh mempromosikan tindakan mereka untuk menyelamatkan alam sekitar. Namun yang hairannya sebelum ini Apple pernah ambil tindakan untuk saman syarikat kitar semula produk Apple di Kanada kerana menjual semula iPhone yang diperbaharui.
Jika benar Apple ingin menyelamatkan alam sekitar, bukankah tindakan untuk kitar semula iPhone dan dijual kembali di pasaran itu bagus kerana dapat mengurangkan pencemaran sekiranya iPhone dikilangkan dengan jumlah yang banyak? Atau Apple sebenarnya mahu buat lebih keuntungan?
Seperti semua sedia maklum, setiap produk yang dikeluarkan pasti ada tarikh luput dan kerosakan disebabkan oleh penggunaan. Sama juga apa yang bakal berlaku pada iPhone 12 kelak yang akan rosak dan perlu dibaiki selepas habis waranti.
iFixit dalam perkongsian terbaru mereka telah memberi skor 6/10 untuk proses membaiki iPhone 12. Namun apa yang mengecewakan menerusi pendedahan berikut adalah apabila komponen dalaman yang cuba ditukar ganti tidak mahu berfungsi seperti biasa.
Walaupun komponen yang digantikan itu adalah tulen yang diambil dari iPhone 12 yang lain, ia tetap tidak boleh berfungsi seperti biasa dan ada komplikasi pada fungsi Face ID, tetapan TrueTone dan kamera ultra sudut lebar yang tidak berfungsi.
Ini bermakna, anda tidak boleh suka-suka membaiki iPhone 12 anda di kedai luar kerana didapati Apple telah memprogramkan setiap komponen dengan iPhone 12 tersebut. Langkah ini jelas bahawa Apple ingin menggalakkan pengguna baiki di Apple disebalik baikinya di kedai luar.
Sekali lagi, adakah ini tindakan yang wajar untuk menjaga alam sekitar?
Kerana perkara ini telahpun terjadi pada siri iPhone Xs, penukaran bateri di kedai luar menyebabkan iPhone tidak dapat mengesan bateri tersebut dan perlu menukarnya di Apple Authorized Service Centre sahaja.
Jika benar Apple ingin menyelamatkan alam sekitar, sepatutnya Apple memudahkan pengguna untuk membaiki iPhone, lebih-lebih lagi di kedai luar dengan kadar kos yang lebih murah mengikut bajet pengguna supaya iPhone berikut boleh dipakai selagi boleh dibaiki disamping membeli baru.
Ini kerana terdapat laporan bahawa pengeluaran iPhone 12 yang semakin banyak dikilangkan di China telah menyebabkan pencemaran udara yang semakin meningkat kerana permintaan yang tinggi.
Persoalannya di sini, adakah Apple benar-benar ingin menyelamatkan alam sekitar atau membuat lebih keuntungan? Anda sendiri fikir.
(Sumber : TheVerge, MacRumors)

ARTIKEL BERKAITAN