Close

Kemaskini OxygenOS 11 untuk siri OnePlus 8 dilepaskan secara rasmi

 

Seperti yang kita tahu peranti pertama yang menggunakan Oxygen OS 11 adalah OnePlus 8T. Bakal dilancarkan beberapa hari saja lagi. Oxygen OS 11 dibangunkan berdasarkan Android versi 11.

Sebelum ini OnePlus telah pun mengeluarkan Oxygen OS 11 versi percubaan pada siri OnePlus 8. Yang mana Oxygen OS menawarkan beberapa fungsi baru seperti Ambient Display, mod permainan Fnatic yang dipertingkatkan, tetapan mod gelap khusus dan tetapan automatik, mod Zen yang diperbaiki sepenuhnya, peningkatan privasi Android 11 dan juga tweak.

Pelancaran OxygenOS 11 yang stabil disahkan didalam Forum rasmi OnePlus, yang merangkumi dengan perubahan UI yang ketara serta perubahan dalaman yang besar. Buat masa ini, kemaskini hanya diterima kepada pengguna versi percubaan sebelum ia dilepaskan kepada semua pengguna siri OnePlus 8.

Selain OnePlus 8T, OnePlus 8Pro dan OnePlus 8 yang menerima OxygenOS 11. Terdapat beberapa peranti lain seperti OnePlus 7T Pro, OnePlus 7T, OnePlus 7Pro, OnePlus 7, OnePlus 6T, OnePlus 6 dan OnePlus Nord akan juga menerima kemaskini Oxygen OS 11 secara rasmi pada masa akan datang.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN