Close

Khabib umum bersara dari UFC selepas kemenangan tanpa kalah beliau yang ke-29

Khabib Nurmagomedov dalam perlawanan terbaru beliau bersama Justin Gaethje telah mencatatkan rekod kemenangan tanpa kalah beliau dengan 29 – 0 dalam acara sukan tinju UFC Lightweight. 

Namun lebih mengejutkan, Khabib juga turut umumkan bahawa itu adalah pertarungan terakhirnya dan akan bersara dari UFC kerana telah berjanji untuk bersara dengan mak beliau 3 hari sebelum perlawanan dan tidak berlawan jika tiada ayahnya.

Dalam masa yang sama, Khabib juga tidak henti bersyukur kepada Allah terhadap kemenangan yang diraih dan berterimah kasih kepada kumpulan, pesaing juga almarhum ayah beliau yang sebelum ini meninggal disebabkan oleh jangkitan COVID-19.


Good performance @TeamKhabib.
I will carry on.
Respect and condolences on your father again also. To you and family.
Yours sincerely, The McGregors.

— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) October 24, 2020

Pesaing kontrovesi Khabib iaitu Conor McGregor juga turut memberi penghormatan dengan mengucapkan tahniah melalui akaun Twitter rasmi beliau terhadap pengumuman persaraan Khabib.

Sikap Khabib dalam setiap perlawanan sememangnya memberi contoh yang baik terhadap imej Islam itu sendiri yang membuatkan ramai memuji beliau kerana sentiasa tenang dalam apa pun cabaran dan memenangi setiap perlawanan dengan rekod 29 – 0 tanpa kalah. Tahniah Khabib!

ARTIKEL BERKAITAN