Close

Lenovo Legion Phone Duel akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Oktober

Peranti berasaskan permainan mudah alih sering menjadi perhatian lebih-lebih buat para gamers di luar sana. Sebelum ini beberapa pengeluar seperti Xiaomi dengan Black Shark dan ASUS dengan ROG Phone 3 telah pun memasuki pasaran malaysia secara rasmi.

Dan tidak lama lagi Lenovo pula akan melancarkan peranti gaming mereka secara rasmi melalui model Lenovo Legion Phone Duel. Peranti gaming dari Lenovo ini akan dilancarkan pada 20 Oktober mengikut kepada posting yang dibuat Oleh Directd.
Lenovo Legion Phone Duel hadir dengan skrin 6.65-inci paparan 144Hz dengan touch sampling rate 240Hz, di kuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 865 Plus, kamera jenis pop-up di sisi, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 90W.
Buat masa ini tiada lagi pengumuman dari pihak Lenovo Malaysia tentang peranti gaming mereka dan spesifikasi yang bakal di tawarkan bagi pasaran Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN