Close

Lenovo Legion Phone Duel dijual dengan harga RM3,399 di Malaysia – Snapdragon 865+, pengecasan 90W dan paparan 144Hz

Lenovo Malaysia akhirnya telah mengumumkan bahawa syarikat itu membawa masuk fon yang berasaskan permainan mudah alih terbaharu mereka iaitu Lenovo Legion Phone Duel yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865+, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB.
Untuk spesifikasi lain, Legion Phone Duel menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.65-inci bersama paparan 144Hz, bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 90W dalam kotak jualan dan pembesar suara stereo.

Menariknya, kedudukan kamera Legion Phone Duel memang berlainan dari kebanyakan fon sekarang kerana ia diletakkan pada bahagian tengah untuk dwi-kamera 64MP + 16MP dan di bahagian sisi yang pop-naik untuk swafoto 20MP. Ia bagi memudahkan pengguna untuk lakukan aktiviti penstriman sambil bermain.

Lenovo Legion Phone Duel ditawarkan dengan harga RM3,399 untuk 12GB RAM + 256GB storan. Manakala untuk 16GB RAM + 512GB storan dengan harga RM3,999 untuk pasaran rasmi Malaysia. Tonton video tentang Legion Phone Duel :

ARTIKEL BERKAITAN