Mahukan kuad-kamera 64MP mengagumkan dan night filter yang menarik? realme 7i pilihan yang bijak! - FUZZ.MY

Friday, October 9, 2020

Mahukan kuad-kamera 64MP mengagumkan dan night filter yang menarik? realme 7i pilihan yang bijak!


realme 7i secara teknikal adalah kesinambungan kepada siri realme 7 dan realme 7 Pro yang baru dilancarkan. Pada kali ini realme 7i menawarkan peningkatan pada fungsi kamera.  realme 7i menawarkan keupayaan kamera yang luar biasa dan night filter yang anda pasti suka.


Ini kerana, terdapat fungsi night filters yang merupakan mod popular pada peranti realme. Ia hadir dengan tiga jenis filters paling popular iaitu Cyberpunk, Flamingo dan Modern Gold yang membolehkan anda mewarnai gambar yang diambil dengan lebih nampak menarik!



Mengikut spesifikasi, realme 7i dilengkapi dengan sistem kuad-kamera yang terkini, iaitu kamera 64MP utama, 8MP Ultra sudut lebar 119°, 2MP Makro dan akhir sekali merupakan 2MP Potrait B&W. Persoalannya, sejauh mana kehebatan kuad-kamera realme 7i ni?



Sebelum pergi lebih jauh, kita kaji dulu spesifikasi kamera utama realme 7i. Kamera utama fon ini mempunyai 64MP f1.8 aperture, hadir dengan sensor ukuran super 1/2 dan sokongan super piksel. Tidak cukup dengan itu, ia juga turut menggunakan Quad Bayer dengan ukuran hingga pixel 1.4μm.



Dengan speksifikasi kamera sebegitu, ia sudah cukup mengambarkan tentang hasil yang bakal anda dapat melalui realme 7i. Keupayaan kamera utama realme 7i ini menjanjikan kejelasan dan perincian yang lebih baik walaupun pada situasi kurang cahaya.



Selain itu, fungsi kamera kini merupakan kegemaran saya. Secara peribadi, kamera ultra sudut lebar ini adalah sangat luas dengan sudut pandangan sehingga 119 °.


Dengan sudut pandangan sehingga 119 °, anda tidak lagi perlu ke belakang untuk ambil gambar kumpulan yang ramai. Hatta, anda dapat ambil lebih banyak pemandangan yang dapat memuat semuanya dengan hanya satu klik. Dengan adanya fungsi kamera sudut lebar ini, ia memberikan anda lebih kreativiti dan kepuasan dalam seni fotografi walaupun anda bukan profesional.



Jika anda suka ambil gambar jenis portret, realme 7i ada fungsi tersebut dengan menggunakan 2MP Potret B&W.  Fungsi B&W adalah sangat baik untuk menangkap emosi dan ekspresi subjek.


Selain dari membantu menangkap cahaya yang lebih baik serta meningkatkan kualiti imej, anda juga boleh hadirkan elemen retro atau memberikan sentuhan pada tekstur portrait.


Manakala untuk kamera makro, ia memang amat sinonim dengan gambar jarak yang dekat. Sesuai untuk peminat atau pencinta dunia mikro dengan kemampuan sehingga jarak 4cm. Ia membolehkan anda menangkap subjek dengan lebih jelas dan terperinci.


 


Menariknya lagi, realme 7i turut hadir dengan mod ultra-clear 64MP yang menggunakan algoritma definisi ultra tinggi memberikan kesan kepada kejelasan dan menjadikan imej lebih terperinci dalam setiap gambar. Perincian yang tinggi memberikan imej yang lebih jelas dan cantik.



Konklusinya, realme 7i mempunyai prestasi kamera yang sangat mengagumkan. Hasil setiap gambar kaya dengan perincian. Lebih-lebih lagi dengan adanya fungsi seperti night filters yang menjadikan waktu malam lebih seronok dinikmati dengan kamera realme 7i.



Untuk saksikan pelancaran realme 7i, anda boleh menonton melalui Facebook realme Malaysia pada 13 Oktober jam 12.00PM.