Close

OnePlus 8T akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Oktober

 

OnePlus 8T telah pun dilancarkan pada 14 Oktober yang lalu. Dan malaysia menjadi destinasi terawal akan menerima OnePlus 8T secara rasmi pada 22 Oktober.

Dengan moto ‘Ultra Stop At Nothing’, OnePlus 8T hadir dengan skrin 6.5-inci FHD+ Fluid AMOLED paparan 120Hz. Di kuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 865, menggunakan kuad-kamera dan hadir dengan dua varian iaitu 8/128 dan juga 12/256.



Kapasiti bateri 4,500 mAh dan buat pertama kali OnePlus menggunakan teknologi pengecasan baru yang diberi nama Warp Charge 65.


OnePlus 8T hanya menawarkan kemaskini spesifikasi yang sedikit di samping kehilangan beberapa fungsi seperti pengecasan tanpa wayar, penarafan IP, sensor telefoto dan rekaan yang agak suram.


(sumber)


ARTIKEL BERKAITAN