Close

OnePlus 8T kini rasmi – Snapdragon 865, pengecasan 65W dan paparan 120Hz dengan harga sekitar RM2,425

OnePlus baru sahaja melancarkan OnePlus 8T yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Menariknya kali ini, OnePlus menawarkan spesifikasi yang terbaik untuk peranti mereka!
Pada bahagian hadapan, OnePlus 8T dilengkapi skrin 6.5-inci FHD+ Fluid AMOLED dengan skrin yang rata bukan melengkung bersama paparan segar semula 120Hz dan 240Hz sampling rate. Juga terdapat sokongan HDR10+.
Selain itu, peranti ini juga dibekalkan dengan bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan Warp Charge 65W, pembesar suara stereo bersama Dolby Atmos, sistem penyejukan yang lebih besar, dan turut hadir dengan sistem operasi OxygenOS 11 (Android 11).
Manakala bahagian kamera, mempunyai kuad-kamera 48MP utama (Sony IMX 586 OIS + EIS), 16MP sudut ultra lebar, 5MP makro dan 2MP monokrom. Hadapan pula dengan kamera swafoto 16MP. OnePlus 8T ditawarkan untuk pasaran India dengan harga :
  • 8GB + 128GB : INR 42,999 (RM2,425)
  • 12GB + 256GB : INR 45,999 (RM2,594)
Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 8T dijangka akan hadir dalam masa terdekat ini. 

ARTIKEL BERKAITAN