Close

OnePlus 9 mungkin dilancarkan lebih awal pada tahun 2021

 

Pelancaran peranti baru oleh OnePlus iaitu OnePlus 8T masih lagi terasa. Dengan tiada kelibat OnePlus 8T Pro diperlihatkan dan terdapat beberapa informasi tentang OnePlus 9 yang mungkin akan dilancarkan lebih awal iaitu sekitar bulan Mac tahun hadapan.

Ia empat minggu lebih awal dari garisan masa yang dikeluarkan oleh OnePlus.

Pada kebiasaanya OnePlus melancarkan peranti baru mereka pada bulan Mei. Namun pada tahun ini OnePlus 8 dilancarkan pada bulan April jadi tidak mustahil jika OnePlus bakal mempercepatkan pelancaran OnePlus 9.

OnePlus bukanlah satu-satunya pengeluar yang merancang untuk melancarkan peranti premium mereka lebih awal. Samsung juga dikhabarkan akan melancarkan siri Galaxy S21 lebih awal pada tahun hadapan. 

(sumber)





ARTIKEL BERKAITAN