OnePlus melalui akaun Twitter telah mengacah tentang TWS baru mereka. Yang mana buds baru ini akan menyokong IP55. Dan satu lagi info telah didedahkan adalah ia bakal mempunyai hujung telinga jenis silikon.
Harga jualan bagi OnePlus Buds Z lebih berpatutan dari OnePlus Buds. Info lain tentang OnePlus Buds Z adalah berat sekitar 4.35g, menggunakan Bluetooth 5.0 dan disambungkan dengan aplikasi OnePlus Buds.