Close

OnePlus bakal lancarkan jam tangan pintar

 

Selepas beberapa jam pelancaran OnePlus 8T secara rasmi. OnePlus telah memulakan beberapa petunjuk tentang OnePlus Watch yang bakal dilancarkan.

         

Pada tahun 2016, OnePlus sebenarnya telah pun mempunyai OnePlus Watch sendiri namun ia tidak dilancarkan secara rasmi. Kerana pada masa itu, OnePlus merasakan yang jam tangan pintar mereka tidak cukup bagus untuk bersaing dengan jam tangan pintar yang lain.

Melalui akaun Twitter rasmi OnePlus mereka telah mengesahkan bahawa OnePlus bakal melancarkan jam tangan pintar mereka sendiri tidak lama lagi. OnePlus juga dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem mereka sendiri dengan jam tangan pintar merupakan peranti pertama.

Apa-apa pun kita masih perlu menunggu petunjuk lain berkenaan OnePlus Watch. Ia pasti sesuatu yang menarik untuk melihat OnePlus menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri. 

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN