Close

OnePlus kongsi rekaan OnePlus 8T sebelum hari pelancaran

 

Acara pelancaran OnePlus akan diadakan beberapa hari sahaja lagi. Dan pada ketika ini pihak OnePlus telah mengeluarkan beberapa info awal berkenaan OnePlus 8T. Dan buat pertama kali siri ‘T’ hadir tanpa kelibat OnePlus 8T Pro.


Menerusi satu video yang telah dimuat naik sendiri oleh OnePlus. Yang mana dalam video tersebut menunjukkan rekaan belakang OnePlus 8T dan juga warna baru iaitu  Aquamarine GreenSebelum ini warna Ultramarine Blue digunakan pada OnePlus 8 Pro.

Selain itu, video tersebut turut memperlihatkan kedudukan kamera yang berlainan dari model-model sebelum ini dan menggunakan sistem kuad-kamera.



OnePlus 8T akan menggunakan paparan AMOLED FHD+ dengan 120Hz,Snapdragon 865, kuad-kamera dan akan menggunakan pengecasan pantas 65W. OnePlus 8T akan dilancarkan pada 14 October.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN