OnePlus Nord yang sudah pun dilancarkan mempunyai dua pilihan warna iaitu Gray Onxy dan Blue Marble. Dan kedua-dua menggunakan panel belakang Gorilla Glass. Oneplus Nord edisi khas akan menggunakan finishing sandstone.
OnePlus telah pun memberikan gambaran awal mengenainya melalui akaun Instagram oneplus.nord. Dalam post tersebut memperlihatkan pasir dan terdapat bentuk peranti dengan logo OnePlus. Namun pihak OnePlus belum mengesahkan warna yang akan digunakan.